Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang sudi membaca catatan yang lahir dari hati
ini... :-)
Alhamdulillah Allah
s.w.t masih lagi memberi ruang pada diri ini untuk bernafas lagi dan dapat
melihat dunia indah ciptaanNya...
Pada kali ini sy ingin
berbicarakan mengenai kelebihan dan kekurangan yang ada pada seseorang
individu..yang tidak dinafikan tiada manusia yang sempurna baik dari segala
sudut...saya teringat kata-kata yang begitu memberi makna pada saya dan terkena
tepat pada hati saya..kata-kata tersebut berbunyi begini..
Ada PERKARA yang ingin kita BUANG JAUH-JAUH..kita lemparkan
ke hujung dunia, kita HAPUSKAN dari minda dan ingatan..
bukan kerana kita MEMBENCI, tetapi kerana menyedari jika kita mengingatinya, hanya membuat kita terikat kepada SEBUAH KESEDIHAN..jika terus menyimpannya, hanya membuat kita terkaku pada SEBUAH ANGAN-ANGAN..
p/s : Bukan membenci..bukan berputus asa, cuma SEDAR DAN FAHAM..ada sesetengah perkara, memang BUKAN HAK KITA......
:: MENJAUHI bukanlah bermakna membenci, cuma untuk mengelakkan HATI dari TERUS TERGURIS dan DISAKITI ::
bukan kerana kita MEMBENCI, tetapi kerana menyedari jika kita mengingatinya, hanya membuat kita terikat kepada SEBUAH KESEDIHAN..jika terus menyimpannya, hanya membuat kita terkaku pada SEBUAH ANGAN-ANGAN..
p/s : Bukan membenci..bukan berputus asa, cuma SEDAR DAN FAHAM..ada sesetengah perkara, memang BUKAN HAK KITA......
:: MENJAUHI bukanlah bermakna membenci, cuma untuk mengelakkan HATI dari TERUS TERGURIS dan DISAKITI ::
Saya begitu tersentuh
dengan kata-kata ini yang dipetik daripada status Kisah wanita page yang saya
minati di facebook dan kata-kata yang
dikongsikan memberi inspirasi kepada saya kearah yang lebih positif dan
membuatkan saya teringin menulis di blog Beautyofhawa ini. Kadangkala biar
seribu kali disakiti, dibenci saya tetap merasa akan adanya kekuatan yang
datang untuk menjadikan saya lebih kuat iaitu sentiasa meminta dan berdoa
kepada pemilik nyawa kita Allah s.w.t.. Sebagai manusia biasa kita tidak
sempurna pasti ade kelemahan yang datang daripada kita…tetapi kesilapan itu
jgnlah sehingga membuat kita tergelincir jauh dari landasannya masih ada ruang
untk kita kembali pada landasan yang benar iatu jalan Allah s.w.t. Ada perkara
yang ingin kita lupakan dan lenyapkan daripada ingatan kita bukan kerana dendam
di hati atau kebencian Misalnya bila ada seseorang yang menyakiti hati kita
sama ada secara sengaja atau tidak. Lumrah manusia tidak semuanya sependapat
dan tidak semuanya boleh menerima pendapat kita. Tapi bagi saya biarlah ianya
hanyalah salah faham yang boleh diselesaikan atau make it simple n hanya
setakat itu sahaja. Belajar daripada kesilapan itulah sewajarnya .Kadangkala
benda yang sudah buruk akan jadi lebih buruk jika tiada kesedaran untuk membuang
keburukan tersebut. Segalanya datang daripada jiwa kita, jika ikhlas kerana
Allah S.w.t insyaAllah akan ade jalannya.
Dan jika kita mengingatinya membuatkan
kita terikat kepada sebuah kesedihan dan lebih baik melupakan saja dan jangan
difikirkan yang negatif fikirkan yang positif yang mereka juga pernah
mencurahkan kebaikan kepada kita.Buang jauh-jauh perkara tentang manusia itu
yang meresahkan kita,,tetapi bila difikir balik kata-katanya juga menguatkan
kita. Namun,mintalah hanya pada Allah s.w.t yang menjadikan kita sama antara
makhluk dan hanya Allah s.w.t sahaja sebaik-baik penilai. Jika merasakan bahawa
diam itu lebih baik berdiam bimbang jika kata-kata itu melukakan hati orang
lain. Muhasabah diri kita bersama-sama untuk menjadi lebih baik. Kata-kata ini
saya tujukan pada diri saya agar saya dapat menjadi insan yang lebih ikhlas bukan
sekadar kata-kata puitis walaupun tiada siapa yang nampak tetapi saya tidak
perlu memikirkan pandangan manusia saya yakin Allah s.w.t sentiasa ada dan
Allah maha mengetahui setiap hambanya. Sejuta kemaafan dipohon sekiranya
tulisan ini membosankan..namun ianya datang daripada hati saya..akhir kata
Assalamualaikum moga hidup kita diredhai Allah s.wt. Aaminn.. J..