Wednesday, November 7, 2012

MUHASABAH DIRI


Alhamdulillah Allah s.w.t masih lagi memberi ruang pada diri ini untuk bernafas lagi dan dapat melihat dunia indah ciptaanNya...
Pada kali ini sy ingin berbicarakan mengenai kelebihan dan kekurangan yang ada pada seseorang individu..yang tidak dinafikan tiada manusia yang sempurna baik dari segala sudut...saya teringat kata-kata yang begitu memberi makna pada saya dan terkena tepat pada hati saya..kata-kata tersebut berbunyi begini..

Ada PERKARA yang ingin kita BUANG JAUH-JAUH..kita lemparkan ke hujung dunia, kita HAPUSKAN dari minda dan ingatan..

bukan kerana kita MEMBENCI, tetapi kerana menyedari jika kita mengingatinya, hanya membuat kita terikat kepada SEBUAH KESEDIHAN..jika terus menyimpannya, hanya membuat kita terkaku pada SEBUAH ANGAN-ANGAN..

p/s : Bukan membenci..bukan berputus asa, cuma SEDAR DAN FAHAM..ada sesetengah perkara, memang BUKAN HAK KITA......

:: MENJAUHI bukanlah bermakna membenci, cuma untuk mengelakkan HATI dari TERUS TERGURIS dan DISAKITI ::
Saya begitu tersentuh dengan kata-kata ini yang dipetik daripada status Kisah wanita page yang saya minati di facebook  dan kata-kata yang dikongsikan memberi inspirasi kepada saya kearah yang lebih positif dan membuatkan saya teringin menulis di blog Beautyofhawa ini. Kadangkala biar seribu kali disakiti, dibenci saya tetap merasa akan adanya kekuatan yang datang untuk menjadikan saya lebih kuat iaitu sentiasa meminta dan berdoa kepada pemilik nyawa kita Allah s.w.t.. Sebagai manusia biasa kita tidak sempurna pasti ade kelemahan yang datang daripada kita…tetapi kesilapan itu jgnlah sehingga membuat kita tergelincir jauh dari landasannya masih ada ruang untk kita kembali pada landasan yang benar iatu jalan Allah s.w.t. Ada perkara yang ingin kita lupakan dan lenyapkan daripada ingatan kita bukan kerana dendam di hati atau kebencian Misalnya bila ada seseorang yang menyakiti hati kita sama ada secara sengaja atau tidak. Lumrah manusia tidak semuanya sependapat dan tidak semuanya boleh menerima pendapat kita. Tapi bagi saya biarlah ianya hanyalah salah faham yang boleh diselesaikan atau make it simple n hanya setakat itu sahaja. Belajar daripada kesilapan itulah sewajarnya .Kadangkala benda yang sudah buruk akan jadi lebih buruk jika tiada kesedaran untuk membuang keburukan tersebut. Segalanya datang daripada jiwa kita, jika ikhlas kerana Allah S.w.t insyaAllah akan ade jalannya.
      Dan jika kita mengingatinya membuatkan kita terikat kepada sebuah kesedihan dan lebih baik melupakan saja dan jangan difikirkan yang negatif fikirkan yang positif yang mereka juga pernah mencurahkan kebaikan kepada kita.Buang jauh-jauh perkara tentang manusia itu yang meresahkan kita,,tetapi bila difikir balik kata-katanya juga menguatkan kita. Namun,mintalah hanya pada Allah s.w.t yang menjadikan kita sama antara makhluk dan hanya Allah s.w.t sahaja sebaik-baik penilai. Jika merasakan bahawa diam itu lebih baik berdiam bimbang jika kata-kata itu melukakan hati orang lain. Muhasabah diri kita bersama-sama untuk menjadi lebih baik. Kata-kata ini saya tujukan pada diri saya agar saya dapat menjadi insan yang lebih ikhlas bukan sekadar kata-kata puitis walaupun tiada siapa yang nampak tetapi saya tidak perlu memikirkan pandangan manusia saya yakin Allah s.w.t sentiasa ada dan Allah maha mengetahui setiap hambanya. Sejuta kemaafan dipohon sekiranya tulisan ini membosankan..namun ianya datang daripada hati saya..akhir kata Assalamualaikum moga hidup kita diredhai Allah s.wt. Aaminn.. J..

Tuesday, October 16, 2012

Pandangan Allah s.w.t diutamakan...


Allah s.w.t memberi kita akal untuk kita fikir baik buruknya tindakan kita…
Allah s.w.t memberi kita hati untuk kita menilai baik buruknya sesuatu yang terbit dari hati kita
Allah s.w.t memberi kita perasaan supaya kita dapat merasa perasaan orang lain apabila kita membuka bicara..
Allah s.w.t memberi kita telinga untuk mendengar kebaikan bukan mendengar keburukan orang lain..
Allah s.w.t memberi kita lidah supaya kita boleh berucap perkataan-perkataan yang baik…
Allah s.w.t memberi kita tangan supaya kita boleh berbuat kebaikan…
Allah s.w.t memberi kita kaki untuk kita berkunjung ke tempat-tempat yang membawa kita mengingatiNya..
Allah s.w.t memberi kita mata untuk kita melihat Dunia tapi tetap ingat menundukkan pandangan pada yang dilarang…


Thursday, May 31, 2012

Sepetang bersama housemate kesayangan sebelum cuti semester 7 nieh..emm da lme x jln2 kat perlis indera kayangan ni ceh mcm dah bru jejak kaki kt sni pdhal pejam celik pejam celik da 5 tahun aq kt bumi perlis nie.mcm mimpi di dalam mimpi terukir di bintang takkan hilang cam lagu yuna plak... iaitu berakhir pd 25 mei 2012 lpas abis final exam Penyelidikan Tindakan 1 alhamdulillah.. lupe plak memandangkan aq bru je kt dunia blogger ni lupe plak nk bgtau yg aku ni seorg bakal guru option  Pendidikan Seni nape cm tak caye ke bunyinye kan..al-maklumlah low profile hihi..


Tuesday, March 13, 2012

:~ Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”

Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…

Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”

“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”

“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”

“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”

“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga”

“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”

“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…

Mampu tertawa saat hatinya menangis…

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya…

Dia boleh melawan ketidakadilan…

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia…

Hatinya terluka saat melihat kesedihan…

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka…

“CINTANYA TANPA SYARAT”

Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekurangannya?”

Tuhan menjawab, “Hanya satu hal….., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”...♥ ♥ ♥ ..=)

Tuesday, October 18, 2011

words of love <3


your words make me speechless
when you say nothing made me get stuck
when you take care of me made me feel appreciated
when you believe, makes me feel brave
When you warm me, made me smile
When you feel calm, make me comfortable
when you hard, I feel anxious
when you sad, I was so nervous,
I feel happy when you happy ..
when you are loyal, makes me love
when you forget about me ........
You remain in my heart ♥ (to all my luv)

Monday, August 22, 2011

SEPI HATI BERKATA


Salam, tulisan ini ku kirimkan buat tatapan insan yang tak mungkin akan mengetahui kewujudan secebis jiwa ini.…rindu mengapa ia bertandang lagi dipintu hati ini…aku cuba menyangkal kehadirannya,,  namun tiapkali aku cuba menghindarinya ia tetap hadir..mungkin ini hanya monologku di alam maya.namun ia tetap lahir dari sekeping jiwa yang luhur  dari reality hidup ini. Pergilah hembusan angin rindu biarkan aku dengan diriku…..biarkan kabus cinta menyelubungi dingin malam menanti mentari terbit memberi cahaya hidup ini..biarkan malam ditemani bintang,tanpa cahaya sang rembulan andai satu bintang yang bekerlipan sudah cukup menemani malamku andainya bintang itu adalah bintang hatiku..jangan kau pergi untuk melupakan,jangan kau pergi meninggalkan aku….aku di sini menanti dengan sejuta cinta untukmu bagaimana bila saatnya waktu terhenti..dunia semua dan segala yang ada akan kembali kepadanya,,teman sejati akan tinggal sepi…Hanya cinta Allah yang menemaniku. di hati.kesedihan yang hadir pada seseorang pasti akan pergi jua asalkan ada usaha...keikhlasan kepada perasaan itu lebih penting bukan sekadar kata-kata puitis,,,,=)
Yang ikhlas,
sepi


                                                                                                                                           sepi