Wednesday, November 7, 2012

MUHASABAH DIRI


Alhamdulillah Allah s.w.t masih lagi memberi ruang pada diri ini untuk bernafas lagi dan dapat melihat dunia indah ciptaanNya...
Pada kali ini sy ingin berbicarakan mengenai kelebihan dan kekurangan yang ada pada seseorang individu..yang tidak dinafikan tiada manusia yang sempurna baik dari segala sudut...saya teringat kata-kata yang begitu memberi makna pada saya dan terkena tepat pada hati saya..kata-kata tersebut berbunyi begini..

Ada PERKARA yang ingin kita BUANG JAUH-JAUH..kita lemparkan ke hujung dunia, kita HAPUSKAN dari minda dan ingatan..

bukan kerana kita MEMBENCI, tetapi kerana menyedari jika kita mengingatinya, hanya membuat kita terikat kepada SEBUAH KESEDIHAN..jika terus menyimpannya, hanya membuat kita terkaku pada SEBUAH ANGAN-ANGAN..

p/s : Bukan membenci..bukan berputus asa, cuma SEDAR DAN FAHAM..ada sesetengah perkara, memang BUKAN HAK KITA......

:: MENJAUHI bukanlah bermakna membenci, cuma untuk mengelakkan HATI dari TERUS TERGURIS dan DISAKITI ::
Saya begitu tersentuh dengan kata-kata ini yang dipetik daripada status Kisah wanita page yang saya minati di facebook  dan kata-kata yang dikongsikan memberi inspirasi kepada saya kearah yang lebih positif dan membuatkan saya teringin menulis di blog Beautyofhawa ini. Kadangkala biar seribu kali disakiti, dibenci saya tetap merasa akan adanya kekuatan yang datang untuk menjadikan saya lebih kuat iaitu sentiasa meminta dan berdoa kepada pemilik nyawa kita Allah s.w.t.. Sebagai manusia biasa kita tidak sempurna pasti ade kelemahan yang datang daripada kita…tetapi kesilapan itu jgnlah sehingga membuat kita tergelincir jauh dari landasannya masih ada ruang untk kita kembali pada landasan yang benar iatu jalan Allah s.w.t. Ada perkara yang ingin kita lupakan dan lenyapkan daripada ingatan kita bukan kerana dendam di hati atau kebencian Misalnya bila ada seseorang yang menyakiti hati kita sama ada secara sengaja atau tidak. Lumrah manusia tidak semuanya sependapat dan tidak semuanya boleh menerima pendapat kita. Tapi bagi saya biarlah ianya hanyalah salah faham yang boleh diselesaikan atau make it simple n hanya setakat itu sahaja. Belajar daripada kesilapan itulah sewajarnya .Kadangkala benda yang sudah buruk akan jadi lebih buruk jika tiada kesedaran untuk membuang keburukan tersebut. Segalanya datang daripada jiwa kita, jika ikhlas kerana Allah S.w.t insyaAllah akan ade jalannya.
      Dan jika kita mengingatinya membuatkan kita terikat kepada sebuah kesedihan dan lebih baik melupakan saja dan jangan difikirkan yang negatif fikirkan yang positif yang mereka juga pernah mencurahkan kebaikan kepada kita.Buang jauh-jauh perkara tentang manusia itu yang meresahkan kita,,tetapi bila difikir balik kata-katanya juga menguatkan kita. Namun,mintalah hanya pada Allah s.w.t yang menjadikan kita sama antara makhluk dan hanya Allah s.w.t sahaja sebaik-baik penilai. Jika merasakan bahawa diam itu lebih baik berdiam bimbang jika kata-kata itu melukakan hati orang lain. Muhasabah diri kita bersama-sama untuk menjadi lebih baik. Kata-kata ini saya tujukan pada diri saya agar saya dapat menjadi insan yang lebih ikhlas bukan sekadar kata-kata puitis walaupun tiada siapa yang nampak tetapi saya tidak perlu memikirkan pandangan manusia saya yakin Allah s.w.t sentiasa ada dan Allah maha mengetahui setiap hambanya. Sejuta kemaafan dipohon sekiranya tulisan ini membosankan..namun ianya datang daripada hati saya..akhir kata Assalamualaikum moga hidup kita diredhai Allah s.wt. Aaminn.. J..

No comments:

Post a Comment